*"ghenyah" - sebut dgn slang orang utagha (utara)
semalam aku dan sahabat berbual mengenai perkara yang sangat "ghenyah" untuk aku renung-renungkan, tetapi ada betulnya juga...
"eh? kau tak penah kapel ke? jual mahal??"
"jual murah pon takde org nak, manalah aku nak jual mahal pulak!?"
"tapi ada hikmahnye jugak orang yang single ni,"
"eishh, pandai la kau, kau ade je awek. bole la ko cakap camtu! Kami yang single ni kadang-kadang rasa juga kempunan nak bercinta, someone to care," *(>_<)
"tapi betul la aku cakap, lebih baik bercinta selepas berkahwin. Aku dulu ingatkan nak tetapkan prinsip tak mau pegang tangan bila kapel. Menjaga batasan konon. Tapi aku tewas,"
"hmmm..."
"orang-orang yang tak penah kapel ni, bagi aku, hanya yang terpilih sahaja dapat melaluinya. Itu bermakna tuhan sayang korg dan mahu korg lebih dekat padaNya... dan percayalah 'cinta' lepas kahwin korg akan lebih bermakna,"
"betul tu, bila orang tanya kenapa tak penah kapel, diorg mesti balas ngan cakap 'jual mahal' la, 'cerewet' la. Pemikiran diorg cetek! Ada hikmahnye hidup single ni za,"
"hmmm, aku pun ada terfikir pasal bercinta selepas kahwin, lebih romantis agaknya. haha! Perbualan ni dah jadik cam Forum 'Adam & Hawa' la pulak! Dah la aku terlepas gi kat dewan kuliah ari tu,"
"memang la! aku buat forum ni khas kasi kau dengar, since kau terlepas kan!?"
"password siap, baca ni!"
"kentut mu bunyi krek.. krek...?"
"tahniah! anda ahli kelab 'ghenyah' kami yang ke-tiga!"
"HAHAHAHA!! Apa la hang pa ni!"
*akhirnya kami pun gelak dengan kuat, gelak pegang perut, gelak tak berlagu, gelak tergolek dok...
the end~
*"ghenyah" - satu situasi yang agak leceh/remeh
1 ulasan:
gehaha.... klakar gler dialog yg za wat... mcm drama melayu plak... ape pn tahniah coz dpt jd ahli ghenyah!!!!
Catat Ulasan