a k u s t i k u

"kita tak boleh menghalang takdir, melainkan Takdir yang menghalang kita..."

Sabtu, 22 Mei 2010

aku dan kopi pagi

pernah kah aku menyesal?

aku idamkan kejayaan
tapi aku lalai de sepanjang perjalanan
aku abaikan doa ibunda dan ayahanda
akhirnya kegagalan membawa aku ke penyesalan

adakah aku menyesal?

aku idamkan kekayaan
kaki dan tangan aku kerahkan
sanggup penat lelah demi menggapai mimpi
tapi hanya senggengam nasi aku perolehi

adakah aku sudah menyesal?

aku idamkan kemasyhuran
sanggup menggadaikan nyawa diri
biar dicaci maki dosa aku tanggung sendiri
tapi aku terlupa, ibunda dan ayahanda yang sedang menanti

dengan semua ini adakah akhirnya aku menyesal?

aku idamkan kebahagiaan
aku berdiri, buka mata, dan mara kehadapan
aku buktikan aku sama jajar dan masih berguna untuk rakyat
senyuman ibunda ayahanda membuat aku sebak akhirnya aku sudah sampai

tapi sebelum itu,
adakah aku menyesal dengan apa yang telah berlaku?


tidak sama sekalipun...

Selasa, 18 Mei 2010

Keramat dlm kegelapan...

Ahad, 9 Mei 2010

.blerghh

Selasa, 4 Mei 2010

aku dan hari yang bakal menjadi

Bila menjelang hari jadi aku tak pernah mintak hadiah apa-apa. Kawan2 kolej selalu sambut hari jadi mereka di dalam semester pembelajaran. Jadi sambutan agak meriah kerana di sekelilingi oleh sahabat handai. Aku pula selalu menyambutnya bersama keluarga, kerana hari jadi ku selalu jatuh pada waktu cuti semester, iaitu pada bulan JUN. Bagi aku JUN bulan yang agak romantis dan aman. Aku juga bersyukur dapat sambut bersama keluarga.

Aku sebenarnya tak berapa gemar kek hari jadi. Aku suka makan kek, apatah lagi membuatnya. Tapi kalau kek hari jadi untuk AKU, agak kureng gemar sikit. Tapi kalau hadiah hari jadi aku berbentuk sesi karaoke 4jam di RedBox Pavillion ke, jalan-jalan di kota raya ke, shopping, makan besar bersama keluarga, dirumah mahupun diluar, itulah yang paling aku suka!

Pernah aku sambut hari jadi dengan hanya melepak di rumah bersama semua ahli keluarga. Sangat aman dan cukup mudah, namun ia mampu membuat aku tersenyum sepanjang hari. Asalkan aku dapat berkongsi bersama orang yang tersayang, aku dah cukup bahagia. Orang tersayang yg spesel tu belum penah ada lagi la...

Tapi kali ni aku rasa aku nak buat Wish-List untuk diri sendiri. Dah alang-alang menjelang hari jadi aku, dan kena pulak aku sedang mengidamkan benda-benda ini, aku fikir apa salahnya kan? :p


~ My Birthday Wish List: ~
_________________________________________

Ukelele or
Acoustic (tak kesah, janji ada pick-up) or
Diana F+ Lomo Camera or
BlackBerry (henfon aku yg dh umur 2thn++ dh nak uzur) or
Netbook TOSHIBA or

sesi BBQ or

tau semua di atas mahal sgt, hehe...but at least SENYUMAN dan ucapan yang ikhlas pun dah cukup bermakna buat aku... is the thought that counts (^^)

~:~
_________________________________________



selamat bakal menjelang hari jadi buat diri ku~

(31 more days to go)

**aku harap family aku terrrbaca blog ni :">
gahahaHha!...evil plan sedang beroperasi..

Ahad, 2 Mei 2010

.serabut otak