a k u s t i k u

"kita tak boleh menghalang takdir, melainkan Takdir yang menghalang kita..."

Sabtu, 25 September 2010

aku, kami dan mak

Di suatu pagi yang aman, aku dan adik tengah main XBox360. Bila abanglong takde baru la kami dapat bolos game tu.

Tiba-tiba, tengah kami dok feeling main game Splinter's Cell mak panggil dari ruang TV kt atas;

Mak: "Kakak! Tolong tengok laptop ni sat! Takleh masuk internet ni,"
Aku: "Internet elok ja tadi. Cuba mak try masuk balik,"

Selang beberapa minit mak aku senyap semula. Mungkin mak dh dapat masuk internet kot? Jadi kami pon sambung la main XBox balik. Tiba-tiba, mak aku memanggil semula;

Mak: "Kakak cuba tengok sat. Mozala..Mozarela...dari tadi Mozarella takleh masuk internet,"

Aku pandang adik aku, dan adik aku pandang aku balik...

Aku dan Adik: "Mozilla la Mak!!"


Khas buat dia yang amat kami sayangi,
Selamat Hari jadi Mak!!(^^) <3

Sabtu, 22 Mei 2010

aku dan kopi pagi

pernah kah aku menyesal?

aku idamkan kejayaan
tapi aku lalai de sepanjang perjalanan
aku abaikan doa ibunda dan ayahanda
akhirnya kegagalan membawa aku ke penyesalan

adakah aku menyesal?

aku idamkan kekayaan
kaki dan tangan aku kerahkan
sanggup penat lelah demi menggapai mimpi
tapi hanya senggengam nasi aku perolehi

adakah aku sudah menyesal?

aku idamkan kemasyhuran
sanggup menggadaikan nyawa diri
biar dicaci maki dosa aku tanggung sendiri
tapi aku terlupa, ibunda dan ayahanda yang sedang menanti

dengan semua ini adakah akhirnya aku menyesal?

aku idamkan kebahagiaan
aku berdiri, buka mata, dan mara kehadapan
aku buktikan aku sama jajar dan masih berguna untuk rakyat
senyuman ibunda ayahanda membuat aku sebak akhirnya aku sudah sampai

tapi sebelum itu,
adakah aku menyesal dengan apa yang telah berlaku?


tidak sama sekalipun...

Selasa, 18 Mei 2010

Keramat dlm kegelapan...

Ahad, 9 Mei 2010

.blerghh

Selasa, 4 Mei 2010

aku dan hari yang bakal menjadi

Bila menjelang hari jadi aku tak pernah mintak hadiah apa-apa. Kawan2 kolej selalu sambut hari jadi mereka di dalam semester pembelajaran. Jadi sambutan agak meriah kerana di sekelilingi oleh sahabat handai. Aku pula selalu menyambutnya bersama keluarga, kerana hari jadi ku selalu jatuh pada waktu cuti semester, iaitu pada bulan JUN. Bagi aku JUN bulan yang agak romantis dan aman. Aku juga bersyukur dapat sambut bersama keluarga.

Aku sebenarnya tak berapa gemar kek hari jadi. Aku suka makan kek, apatah lagi membuatnya. Tapi kalau kek hari jadi untuk AKU, agak kureng gemar sikit. Tapi kalau hadiah hari jadi aku berbentuk sesi karaoke 4jam di RedBox Pavillion ke, jalan-jalan di kota raya ke, shopping, makan besar bersama keluarga, dirumah mahupun diluar, itulah yang paling aku suka!

Pernah aku sambut hari jadi dengan hanya melepak di rumah bersama semua ahli keluarga. Sangat aman dan cukup mudah, namun ia mampu membuat aku tersenyum sepanjang hari. Asalkan aku dapat berkongsi bersama orang yang tersayang, aku dah cukup bahagia. Orang tersayang yg spesel tu belum penah ada lagi la...

Tapi kali ni aku rasa aku nak buat Wish-List untuk diri sendiri. Dah alang-alang menjelang hari jadi aku, dan kena pulak aku sedang mengidamkan benda-benda ini, aku fikir apa salahnya kan? :p


~ My Birthday Wish List: ~
_________________________________________

Ukelele or
Acoustic (tak kesah, janji ada pick-up) or
Diana F+ Lomo Camera or
BlackBerry (henfon aku yg dh umur 2thn++ dh nak uzur) or
Netbook TOSHIBA or

sesi BBQ or

tau semua di atas mahal sgt, hehe...but at least SENYUMAN dan ucapan yang ikhlas pun dah cukup bermakna buat aku... is the thought that counts (^^)

~:~
_________________________________________



selamat bakal menjelang hari jadi buat diri ku~

(31 more days to go)

**aku harap family aku terrrbaca blog ni :">
gahahaHha!...evil plan sedang beroperasi..

Ahad, 2 Mei 2010

.serabut otak

Jumaat, 30 April 2010

aku dan situasi

situasi semalam:
aku baru rasa semangat menunggu hari nak habis semester. bukan aku tak suka, tapi korg yg buat aku rasa bersalah, walaupun semua ni bukan salah aku. kenapa aku kena ikut kehendak korg? aku adalah hak aku dan yang Maha Esa.


situasi hari ini:
perasaan tak tenteram. dia nampak aku, tapi aku tak nampak diri aku yang sebenar. aku lihat mereka semua, tapi aku rasa macam ada yang tak kena. aku seronok, tapi aku tak sabar nak pulang.


situasi sekarang:
aku perlukan waktu untuk diri sendiri. berada dia suatu tempat di mana tiada yang mengenali aku dan aku tak mengenali mereka. aku rindu zaman di mana hobi mingguan ku mencari ilham dengan memantau dunia...




situasi untuk esok:
aku dan jurnal vs. bandar


"where the road shall take me, i'll be there.."