a k u s t i k u

"kita tak boleh menghalang takdir, melainkan Takdir yang menghalang kita..."

Jumaat, 30 April 2010

aku dan situasi

situasi semalam:
aku baru rasa semangat menunggu hari nak habis semester. bukan aku tak suka, tapi korg yg buat aku rasa bersalah, walaupun semua ni bukan salah aku. kenapa aku kena ikut kehendak korg? aku adalah hak aku dan yang Maha Esa.


situasi hari ini:
perasaan tak tenteram. dia nampak aku, tapi aku tak nampak diri aku yang sebenar. aku lihat mereka semua, tapi aku rasa macam ada yang tak kena. aku seronok, tapi aku tak sabar nak pulang.


situasi sekarang:
aku perlukan waktu untuk diri sendiri. berada dia suatu tempat di mana tiada yang mengenali aku dan aku tak mengenali mereka. aku rindu zaman di mana hobi mingguan ku mencari ilham dengan memantau dunia...




situasi untuk esok:
aku dan jurnal vs. bandar


"where the road shall take me, i'll be there.."

Selasa, 27 April 2010

Isnin, 26 April 2010

aku dan jiwa bunga...

"ya, aku sayang engkau.."



..sangat mudah untuk difikirkan,
namun sangat payah untuk diluahkan...



aku benci...

Selasa, 13 April 2010

aku dan mdm.Chong dan cha'o kueh tiaw

Tiap-tiap malam selasa di kampus aku akan pergi ke kelas mandarin. Kami semua wajib amik kelas tu. Tapi takde sorg pon dari kami yang reti cakap mandarin lepas tu...(=_=!!)

Aku tak kesah pon, sebab aku suka belajar bahasa baru. Cekgu kami, mdm.Chong, pun sangatlah kelakar orangnya! Antara ayat fevret dia;

"tadi kamu semayang maghlib kan? kalau kamu tipu saya, batal tadi semayang awak tau!"

satu bilik kuliah yang besar tu bergema dengan gelak ketawa kami! memang tak kering gusi lah kelas mandarin ni!

Oleh sebab bilik tu besar, dia selalu guna microphone bila bercakap. Tapi hari ni mic takde, and dia kata dia takde suara. So, dia terpaksa bercakap dlm nada yang rendah. Faktor yang menjadikan suara dia macam tu membuat aku rasa semakin sayang pada dia;

"...mic sudah hilang dan saya takde suara ya hari ni. Sebab apa saya macam ini aah. Saya bawak budak-budak sekolah saya pergi itu pertandingan sukan sekolah-sekolah. Saya bersorak untuk mereka...5 hari tau! Itu yang saya takde suara sekalang...

...5 hari saya bersorak untuk mereka....tapi mereka yang dapat pingat,"





we love you Mdm.Chong Choy Lin! (^^)


*ari ni kitorg blaja ckp pasal makanan dlm mandarin, rupenya char kueh tiaw ekceli eja chao kueh tiaw...and chao maksudnye goreng


"by learning a little...we've learned a lot..."

Isnin, 12 April 2010

aku dan entah siapa entah!?

ada mamat ni tegur aku kat ym...


hye! bole berkenalan?
tak boleh!
ala...bole la
go away!
garangnye... jgn jual mahal sgt nanti single sampai ke tua baru taw
pegi mampos!
auummm! garang mcm harimau la u ni...i like!
what the!!??@!$%^





Peringatan: Jgn add random people yg you tak kenal...

aku dan bibir Angelina Jolie

aku buka tingkap...
aku duduk depan tingkap...
aku nampak ada serangga terbang masuk...

tiba-tiba..

"OUCHH!!! SAKIT LA WUEIIY!!"

dia gigit bibir aku...
bibir jadi macam Angelina Jolie daa pulak...(O_o)

Ahad, 11 April 2010

aku dan 'Ahad'

putih gebu bak awan,
kecik molek tak lokeh ku genggam,
lembut belaian hati ini kau tenangkan,
sucinya kewujudan mu aku idam..

sesaat lahir kutemu Ahad,
hari bermula atau akhirnya suatu pertemuan?
yang pasti kau terpahat dalam ingatan
kau ku kenang, kau ku sayang...


R.I.P. 'Ahad'
April 9th, 2010

Sabtu, 3 April 2010

Hahaha!!!

Jumaat, 2 April 2010

aku dan keMALASan

malas!
tangan aku bagai tak bernyawa,
badan aku bagai tak bermaya,
dulu kita selalu berjalan sini sana,
kenapa kita tak lagi cergas seperti dulu kala?

malas!!
mata aku kuyu melihat mentari,
mulut aku kelu mencari erti,
dulu kita rajin melihat dan meniliti dunia,
kenapa kita sudah loya untuk menghargai itu semua?

malas!!!
otak aku sudah mula jadi beku,
hati aku sudah tak larat melayan syahdu,
dulu kita tak serik melayan perasaan suka,
kenapa kita mesti menurut kata Cinta?

malas!!!!
aku sudah malas dengan drama dunia!



*tgh mood malas nak mampuih ni... repot aku bila nak siap woii!!??? bangunlah wahai anak melayu!! (>,<@)

Khamis, 1 April 2010

aku dan kucing hitam tu

aku dan sotong goreng

mak aku penah cakap...

"cuba blajaq dok rumah skit...
fairuza! pi angkat kain!...
bilik tu cuba blajaq kemaih skit...
cuba blajaq masuk dapur selalu..."


pastu ini lak soalan yg slalu bapak aku tanya dalam kereta...

"bila nak bawak boyfriend balik umah?...
hari ni tak gi dating ka?...
siapa boyfriend?...
*silent-mode-in-car*..."


adik aku plak slalu nak gadoh tgk muka aku...

"kakak ni kan!! Aishhh!!!...
jangan la buat camtu!!...
biarlah! sukahati la!!..."
*gedegang!!!* dia tutup pintu bilik...


abanglong aku yang jarang ada kat ghumah pulak...

"kakak, park keta depan rumah...
kakak drive la, pegi belikan goreng pisang...
kakak, pinjam bedak baby johnson...
kakak, nak gi tgk movie?..."

...teringat daku pada ahli keluarga ketika tgh makan sotong goreng beli kat pasar belakang gate UIAM.

walaupun kami ni banyak perangai, aku tetap SAYANG mereka.
Mereka lah satu-satunya cinta sejati, walaupun kami selalu bising bila jumpa!
...hehe (^__^*)v