a k u s t i k u

"kita tak boleh menghalang takdir, melainkan Takdir yang menghalang kita..."

Selasa, 30 Mac 2010

aku dan status "ghenyah"

*"ghenyah" - sebut dgn slang orang utagha (utara)

semalam aku dan sahabat berbual mengenai perkara yang sangat "ghenyah" untuk aku renung-renungkan, tetapi ada betulnya juga...




"eh? kau tak penah kapel ke? jual mahal??"

"jual murah pon takde org nak, manalah aku nak jual mahal pulak!?"

"tapi ada hikmahnye jugak orang yang single ni,"

"eishh, pandai la kau, kau ade je awek. bole la ko cakap camtu! Kami yang single ni kadang-kadang rasa juga kempunan nak bercinta, someone to care," *(>_<)

"tapi betul la aku cakap, lebih baik bercinta selepas berkahwin. Aku dulu ingatkan nak tetapkan prinsip tak mau pegang tangan bila kapel. Menjaga batasan konon. Tapi aku tewas,"

"hmmm..."

"orang-orang yang tak penah kapel ni, bagi aku, hanya yang terpilih sahaja dapat melaluinya. Itu bermakna tuhan sayang korg dan mahu korg lebih dekat padaNya... dan percayalah 'cinta' lepas kahwin korg akan lebih bermakna,"

"betul tu, bila orang tanya kenapa tak penah kapel, diorg mesti balas ngan cakap 'jual mahal' la, 'cerewet' la. Pemikiran diorg cetek! Ada hikmahnye hidup single ni za,"

"hmmm, aku pun ada terfikir pasal bercinta selepas kahwin, lebih romantis agaknya. haha! Perbualan ni dah jadik cam Forum 'Adam & Hawa' la pulak! Dah la aku terlepas gi kat dewan kuliah ari tu,"

"memang la! aku buat forum ni khas kasi kau dengar, since kau terlepas kan!?"

"password siap, baca ni!"

"kentut mu bunyi krek.. krek...?"

"tahniah! anda ahli kelab 'ghenyah' kami yang ke-tiga!"

"HAHAHAHA!! Apa la hang pa ni!"



*akhirnya kami pun gelak dengan kuat, gelak pegang perut, gelak tak berlagu, gelak tergolek dok...

the end~

*"ghenyah" - satu situasi yang agak leceh/remeh

Isnin, 29 Mac 2010

aku dan puasa teknologi

banyak telah masa aku habiskan di sini
hidup aku jadi tak tentu
otak aku semakin berserabut
masalah sana sini...kerana itu teknologi menjadi tempat aku berkongsi rasa sangsi

aku perlu kembali ke dunia nyata
kembalikan hidupku sebagai seorang pelajar
berikan aku tiga hari sahaja!!!
demi janji ku pada ibunda dan ayahanda


*niat puasa 3 hari sahaja...boleh kah??

Ahad, 28 Mac 2010

aku dan identiti

baju kurung,
pakai tudung...




so!???

aku dan angkasa

...umpama air dan api
bagai bumi dan langit
bercanggah rupa bercanggah seni
di dalam satu angkasa jiwa ku kau bangkit...

*selepas beberapa minit memanjangkan leher di belakang kelompok orang yang ramai, akhirnya dapat jua "front-seat"!! BEST VIEW!

"bayang angkasa"

"gegaran angkasa"



"ada satu ketika aku pejamkan mata mendengarkan alunan muzik itu...aku menangis..."
-sebuah performasi akta akngkasa yang sangat marvelous!!

Sabtu, 27 Mac 2010

aku dan bowling

Wuahahaha! GAME ON!!

aku dan pagi sabtu

selamat pagi dunia~


masa untuk aku mencipta sesuatu yang aku ingin gelarkan sebagai,
"Kehidupan"

Jumaat, 26 Mac 2010

aku dan....siapa faiZUra!!!???


10 minit yang lalu...di satu muka surat fessbuk milik kumpulan yg bernama khottal...


khottal:
can anyone translate this for us? ------> シンガポールの友人か.......

Oh Gasoline: "Learned from....

Shaze Gianni "Learned from a friend in Singapore. Malaysia's Arcade Fire.....

Amar Husaini Ismail: mat jepun tgk khottal ni...

Fairuza MNasir: korg ni men tekan google translate ni..huhu..
dia cakap..

"A friend from Spore told me about khottal, u guys sounded like a Malaysian version of Arcade Fire...someone mentioned you guys were at Mosaic Music Festival (in which Tokumaru-san was involved with)"....

khottal: Thanks Faizura for being so much helpful! :)
yes, we had our so called debut international show at Mosaic Music Festival last week...

Fairuza MNasir: aaa...dh brapa kali..namaku slalu disalah sebut, tulih depan mata pun still salah taip (T--T)..nama saya fai.RU.ZA..huhu thn ni ja dh lebih 100 kali kot?*sob*sob*
7 minutes ago

khottal: ok noted, so sorry HAHA FAIRUZA!
4 minutes ago

Fairuza MNasir: hehe...no prob...dh biasa dh pon...btw, u guys are awesome!♥ (^^)v




*sekali lagi saya katakan... nama saya FAIRUZA binti Mohd Nasir
selamat berkenalan~ =P

aku dan jurnal

Khamis, 25 Mac 2010

aku dan akustik

aku melihat akustik
akustik melihat aku

tali sudah jadi rustik
tiada lagi lagu dari mu

aku melihat akustik
akustik melihat aku

hati jadi runsing
bagaimana nak sejukkan hatiku?

aku melihat akustik
akustik melihat aku

kerana setia kita pada muzik
aku akan setia menunggu mu...



*oisshh...bila la nk tukar tali ni?? aku rindu sama gitar ku, rasa tak sedap bila pegang gitar lain..huhu (~_~)

aku dan pagi buta

apa sudah mahu jadi
biarlah ia jadi

apa sudah tertulis
biarlah ia berlaku

apa sudah aku buat
biarlah aku yang tanggung

apa yang engkau buat
biarlah aku yang pikul beban rindu


*pagi2 buta dah macam ni..apa sudeyh mau jadik ni!?

aku dan birunya awan

aku dan burung biru dua

Rabu, 24 Mac 2010

aku dan si polan



di hari pertama engkau menaiki atas bas itu
namun engkau tidak lansung ku kenali
sudahlah namaku engkau salah sebut
tapi aku buat tak peduli

perangai sudahlah macam monyet
tapi mereka semua kata itu adalah tarikan mu
namun aku tak boleh menerima kenyataanya
lagi benci melihat senyum sinis mu

tiba hari aku lihat kaki engkau terhinjut
entah mengapa aku rasakan simpati
dihari majlis itu saat bermulanya
engkau melihatku seolah diriku engkau hargai

di saat bermula pertempuran
kita semua telah berubah menjadi kawan
asal usul nama penuh tidak pernah dihiraukan
kita semua sepakat hingga ke akhir kita bertahan

bibit cinta antara kawan-kawan
sedikit demi sedikit semakin kelihatan
namun aku hanya buat tak ketahuan
kerana hatiku tidak pernah ditawan

hari demi hari wajah mu ku jumpa
senyuman dan salam dibalas antara kita
hari demi hari ku rasakan berbeda
mengapa hatiku rasa macam ada yang tak kena

hari pertama mungkin suka
hari kedua ku rasakan hanya mainan minda
hari ketiga mungkin sayang
hari ke empat ku nyatakan ini hanyalah mainan dunia

aku sedar perasaan ini hanya nafsu
dan berkali-kali aku tekad untuk melupakan mu
tapi di saat engkau tidak lagi ku rindu
di saat itulah kau muncul sekali lagi dihadapanku

kesibukan masing-masing menjadi tembok
memisahkan kita dari mengenali hati budi yang ingin ku tawan
perasaan ku ketika bersama mu biar saja ku pendam
cukuplah sudah aku mengenali mu hanya sekadar di senyuman...

Khamis, 4 Mac 2010

Isnin, 1 Mac 2010

aku dan minah tu**ut!

biar aku pergi bawa diri naik keretapi
biar kau minum sekotak air susu yang dah basi

dalam air kolam ada baldi
dalam diam kau jadi batu api

aku macam tak puas hati
aku dengar kau menipu diri

sebab kenapa diri kau aku tak dapat selamatkan
sebab kau sendiri kata tak mahu mengaku kawan

bila dah terkapai-kapai baru kau tercari-cari
bila kau buat panggilan aku pura-pura kata bateri phone dah mati

sekarang baru kau celik mata
sekarang kau tahu siapa yang berkuasa

kalau kau dah mengaku salah kita kembali berkawan dan aku lagi gembira
kalau tidak, mana lagi kita boleh cari tempat berkongsi suka dan duka?


aku dan minah poyo... apa punya kawan daa!!