a k u s t i k u

"kita tak boleh menghalang takdir, melainkan Takdir yang menghalang kita..."

Ahad, 21 Februari 2010

aku dan koleksi

fairuza dan lagu


-Nukilan hatiku [2 version]
-Get back lonely [2 version]
-Bitter Heart [Cover Zee Avi]

Sabtu, 20 Februari 2010

aku dan komplikasi

semalam aku pulang
dengan senyuman
lebar di pipi..dudu...du du du

aku ingat
kata mu pada ku
kita kawan biasa


namun..
aku makin risau
jika ini benar cinta
aku makin rindu
kepada segala tentang mu


ohh...
sayang hati ku ada pada mu
ohh...
ku tahu siapa di telefon bimbit mu

masih ada gambar dia
dan aku sekali pon tak pernah cemburu
biar cinta satu, tapi kawan beribu


ingin ku pegang tangan mu
ingin ku usap rambutmu
ingin ku jadi tempat kau mengadu
segala isi peribadi mu
kita kongsi selalu
jadi teman mengadu

namun..

ohh...
sayang biar rasa ini lenyap slamanya
ohh...
tapi cinta masih ada di dada

hati ku hati mu
siapa yang tahu hanya tuhan saja
bila jodoh tiba, kau kekal kawan ku



cinta ini komplikasi

Jumaat, 19 Februari 2010

aku dan kesunyian

kenapa aku tak pernah bercerita tentang aku?...



...sebab tiada siapa yang sudi tahu tentang aku

jadi, aku biarkan kesunyian menjadi teman sejati
bukan nya aku yang cuba menyombong diri
aku sedar aku tak mahu dilupai
cuma tiada siapa yang ingin mendekati...

aku dan barli ais

ada masa bila aku rasa diri macam kekosongan
ada masa bila aku rasa diri macam terkinja-kinja mencari kawan

tapi itu semua hak diri kita untuk menentukan

bila keseorangan aku bertanyakan pernah aku cinta
bila bersama dengan kawan aku terlupa wujudnya cinta

tapi dia selalu melihat ke arah aku... apa maksud yang di tuju? aku pun tak tahu

aku mengaku aku mengerti cinta
aku mengaku aku fahami cinta lebih dari yang lain

tapi kenapa cinta tak mahu hadir dalam hidup ku sendiri

biarkan romantis menjadi ejekan mereka pada diriku
biarkan romantis menjadi buaian mimpiku

tapi ku pasti romantis akan hadir dan menjadi teman hidupku hingga ke akhir nafas ku


komplikasi cinta ku......

Aku dan text

Teringat bila dia pandang aku... Mmg aku manusia clueless, tak pernah nak perasan signal ''green light'' dari dia

aku dan cinta

tak mungkin..... tapi mahu