a k u s t i k u

"kita tak boleh menghalang takdir, melainkan Takdir yang menghalang kita..."

Selasa, 30 Mac 2010

aku dan status "ghenyah"

*"ghenyah" - sebut dgn slang orang utagha (utara)

semalam aku dan sahabat berbual mengenai perkara yang sangat "ghenyah" untuk aku renung-renungkan, tetapi ada betulnya juga...




"eh? kau tak penah kapel ke? jual mahal??"

"jual murah pon takde org nak, manalah aku nak jual mahal pulak!?"

"tapi ada hikmahnye jugak orang yang single ni,"

"eishh, pandai la kau, kau ade je awek. bole la ko cakap camtu! Kami yang single ni kadang-kadang rasa juga kempunan nak bercinta, someone to care," *(>_<)

"tapi betul la aku cakap, lebih baik bercinta selepas berkahwin. Aku dulu ingatkan nak tetapkan prinsip tak mau pegang tangan bila kapel. Menjaga batasan konon. Tapi aku tewas,"

"hmmm..."

"orang-orang yang tak penah kapel ni, bagi aku, hanya yang terpilih sahaja dapat melaluinya. Itu bermakna tuhan sayang korg dan mahu korg lebih dekat padaNya... dan percayalah 'cinta' lepas kahwin korg akan lebih bermakna,"

"betul tu, bila orang tanya kenapa tak penah kapel, diorg mesti balas ngan cakap 'jual mahal' la, 'cerewet' la. Pemikiran diorg cetek! Ada hikmahnye hidup single ni za,"

"hmmm, aku pun ada terfikir pasal bercinta selepas kahwin, lebih romantis agaknya. haha! Perbualan ni dah jadik cam Forum 'Adam & Hawa' la pulak! Dah la aku terlepas gi kat dewan kuliah ari tu,"

"memang la! aku buat forum ni khas kasi kau dengar, since kau terlepas kan!?"

"password siap, baca ni!"

"kentut mu bunyi krek.. krek...?"

"tahniah! anda ahli kelab 'ghenyah' kami yang ke-tiga!"

"HAHAHAHA!! Apa la hang pa ni!"



*akhirnya kami pun gelak dengan kuat, gelak pegang perut, gelak tak berlagu, gelak tergolek dok...

the end~

*"ghenyah" - satu situasi yang agak leceh/remeh

Isnin, 29 Mac 2010

aku dan puasa teknologi

banyak telah masa aku habiskan di sini
hidup aku jadi tak tentu
otak aku semakin berserabut
masalah sana sini...kerana itu teknologi menjadi tempat aku berkongsi rasa sangsi

aku perlu kembali ke dunia nyata
kembalikan hidupku sebagai seorang pelajar
berikan aku tiga hari sahaja!!!
demi janji ku pada ibunda dan ayahanda


*niat puasa 3 hari sahaja...boleh kah??

Ahad, 28 Mac 2010

aku dan identiti

baju kurung,
pakai tudung...




so!???

aku dan angkasa

...umpama air dan api
bagai bumi dan langit
bercanggah rupa bercanggah seni
di dalam satu angkasa jiwa ku kau bangkit...

*selepas beberapa minit memanjangkan leher di belakang kelompok orang yang ramai, akhirnya dapat jua "front-seat"!! BEST VIEW!

"bayang angkasa"

"gegaran angkasa"



"ada satu ketika aku pejamkan mata mendengarkan alunan muzik itu...aku menangis..."
-sebuah performasi akta akngkasa yang sangat marvelous!!

Sabtu, 27 Mac 2010

aku dan bowling

Wuahahaha! GAME ON!!

aku dan pagi sabtu

selamat pagi dunia~


masa untuk aku mencipta sesuatu yang aku ingin gelarkan sebagai,
"Kehidupan"

Jumaat, 26 Mac 2010

aku dan....siapa faiZUra!!!???


10 minit yang lalu...di satu muka surat fessbuk milik kumpulan yg bernama khottal...


khottal:
can anyone translate this for us? ------> シンガポールの友人か.......

Oh Gasoline: "Learned from....

Shaze Gianni "Learned from a friend in Singapore. Malaysia's Arcade Fire.....

Amar Husaini Ismail: mat jepun tgk khottal ni...

Fairuza MNasir: korg ni men tekan google translate ni..huhu..
dia cakap..

"A friend from Spore told me about khottal, u guys sounded like a Malaysian version of Arcade Fire...someone mentioned you guys were at Mosaic Music Festival (in which Tokumaru-san was involved with)"....

khottal: Thanks Faizura for being so much helpful! :)
yes, we had our so called debut international show at Mosaic Music Festival last week...

Fairuza MNasir: aaa...dh brapa kali..namaku slalu disalah sebut, tulih depan mata pun still salah taip (T--T)..nama saya fai.RU.ZA..huhu thn ni ja dh lebih 100 kali kot?*sob*sob*
7 minutes ago

khottal: ok noted, so sorry HAHA FAIRUZA!
4 minutes ago

Fairuza MNasir: hehe...no prob...dh biasa dh pon...btw, u guys are awesome!♥ (^^)v




*sekali lagi saya katakan... nama saya FAIRUZA binti Mohd Nasir
selamat berkenalan~ =P